Ad Code

PERTIKAIAN PENGUSAHA KANTIN DENGAN SEKOLAH

Sering kali kita dengar rungutan ramai pengusaha kantin terutamanya tentang persaingan penjualan makanan di dalam sekolah. Namun sejak kita dilanda pandemik covid19, keluhan pengusaha kantin semakin kerap kita dengar melalui Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia dan mula mendapat perhatian media massa.

persatuan pengusaha kantin sekolah malaysia
Sidang media PPKSM

Masalah bermula dengan pihak sekolah mahukan tawaran sewa tertinggi pada harga jualan terendah. Jadi sekolah mengeluarkan surat tawaran sebutharga yangg perlu diisi oleh pengusaha kantin. Di dalam surat tawaran tender tu ada tertulis jumlah pelajar di sekolah. Penender/pengusaha perlu membuat anggaran berapa jualan sehari yg boleh dicapai dengan bilangan pelajar(pelanggan). Dengan anggaran tu, pengusaha perlu mencongak berapa kos permulaan, kos harian, berapa banyak menu yang boleh dijual, berapa orang pekerja yang diperlukan dan berapa sewa yang mampu ditawarkan kepada pihak sekolah. Biasanya terdapat ramai yang masuk tender jadi persaingan memang sangat sengit. Pengusaha perlu menawarkan harga sewa tertinggi, tetapi menjual dengan harga terendah. Ini bermaksud keuntungannya sangat tipis sekadar cukup makan. Akhirnya setelah panel pemilih bersetuju, perjanjian pun termaktub dalam kontrak perjanjian sewa kantin sekolah.

tawaran sebut harga tender kantin
Contoh tawaran sebut harga tender kantin

Setelah berjaya membida tender, pengusaha mula meniaga mengikut jumlah pelajar yangg ada di sekolah. Malangnya ada pihak lain yang turut berniaga sama sedangkan berniaga makanan di sekolah adalah hak eksklusif kantin. Koperasi pula mengikut undang-undang KPM, hanya boleh menjual makanan di luar waktu persekolahan sahaja seperti mana yang telah ditetapkan oleh KPM dalam surat siaran Bill. 11 2013. Bayangkan bilangan pelajar adalah 1000 org dan 300 daripadanya merupakan pelanggan pihak lain, ini bermakna hanya tinggal 700 sahaja.

larangan penjualan koperasi
Siaran KPM bill 11 2013


Dengan bilangan pelanggan yang berbeza daripada apa yang ditawarkan, tokay kantin dah pun 'tersilap kira' dalam menetapkan harga sewa dan harga makanan. Segala perancangan dah lari. Pengusaha perlu membuat penyusunan semula rancangan perniagaan. Bukan semua berjaya.ada yang gulung tikar. Mana yang mampu bertahan terpaksa mengurangkan kos, ada terpaksa mengurangkan pekerja malah ada yang terpaksa mengurangkan kualiti makanan. Ini menyebabkan perkhimatan kantin tidak sempurna dan kerap menerima aduan.
Setelah beberapa bulan, tokay kantin dapat menyesuaikan diri walaupun kantin tidak secantik dalam rancangan perniagaan asalnya. Tokay kantin mungkin mampu bertahan dengan hanya 700 org pelanggan daripada 1000 pelajar di sekolah tu. Namun tiba-tiba ada program yang memerlukan fokus yang lebih dari guru-guru. Contohnya ada lawatan daripada PPD atau KPM. Koperasi Kelab Guru dan guru-guru tidak berniaga pada hari kejadian dan kantin tidak dimaklumkan. Maka pada hari tu ada tambahan 300 org pelanggan yang tidak disangka sangka datang membeli di kantin tanpa sempat kantin membuat persediaan sebab tidak diberitahu(waktu rehat cuma antara 20 hingga 30 minit sahaja). Dan di depan pelawat (PPD /KKM), makanan di kantin tidak cukup untuk semua pelajar. kantin akan dipersalahkan kononnya kantin tak mampu memenuhi keperluan pelajar.
Begitu juga bila ada keracunan makanan di sekolah.walaupun ada beberapa pihak yang menjual makanan, tetapi hanya kantin saja yang menjual makanan secara sah mengikut undang-undang di waktu persekolahan. Oleh itu pihak pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia cuma akan memeriksa kantin sahaja. Sampel makanan diambil dan dibawa ke makmal KKM. Kantin akan diberi notis penutupan selama 14 hari. Pihak kantin perlu menanggung kerugian dan malu. Jika keputusan ujian makmal mengesahkan makanan dari kantin tu memang tercemar, kantin akan di kompaun dan mungkin perkhidmatan ditamatkan. Tetapi sekiranya makanan kantin tidak ada masalah, kantin boleh dibuka semula - itu saja. Bagaimana dengan kerugian dan malu selama 14 hari tu?langsung tiada pembelaan. Pihak lain yang turut menjual makanan di sekolah dan mungkin adalah punca pada kes keracunan makanan tu terlepas begitu saja. Pihak sekolah juga biasanya sedaya upaya melindungi pihak lain yang berniaga makanan kerana sebarang pendedahan akan menunjukkan kelemahan sekolah dalam pematuhan undang undang penjualan makanan di sekolah.
Adilkah untuk kantin?
Sebenarnya masalah ni amat mudah diselesaikan malah tak perlu timbul pun sekiranya semua pihak di sekolah memainkan peranan masing-masing. Undang-undang dan garis panduan ada dikeluarkan KPM dan KKM. Sekiranya pihak sekolah sendiri tak pandai mengikut peraturan dan tidak menghormati hak eksklusif kantin, memang masalah akan sentiasa datang bertimpa timpa.

Catat Komen

8 Ulasan

  1. baru tau ada i Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah lama ada cuma baru skrg guna page fb n blog.ig coming soon

      Padam
  2. menarik nih... bukan kaleng-kaleng punya tokay kantin ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni sekadar pengkongsian.selama ni ramai yang memperlekehkan kantin tanpa mengetahui kisah sebenar

      Padam
  3. ummi faham masalah kantin ..pernah dengar kawan, ayah ny pengusaha kantin.kadang2 cg tempah makanan kantin untuk even tp tak bayar...cg pn ada makan xbyr. pernah juga bila sebut harga kerajaan nak byr utk rmt rm2.50 satu pinngan kne ada nasi buah sayur ikan/ayam... ummi takleh imagine macam mana tu...huhuh..zaman ni rm2.50 dapat apa je..mmg penting pengusaha plan awal2 supaya tak rugi.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.tp kantin mmang susah nak plan awal² sebab pihak sekolah tak telus.kalau diberitahu dari awal, kantin boleh buat perancangan yg lebih tepat

      Padam
  4. Ya susah juga nak buat perancangan terutamanya kekadang makluman dari pihak pentadbiran kerajaan mahu pun level sekolah juga biasanya last minute atau tidak sampai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.bagi pengusaha kantin yang berpengalaman, mmang sedia maklum masalah ni.tapi bagi baru nak berjinak jinak dalam bisnes kantin ni selalu 'terkena' dan ada muflis akibat permainan pihak sekolah ni

      Padam
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)